Sunday, June 21, 2015

Novel : Di Persimpangan [Bab 5]

Bab 5

“Kenapa abang Faizul belum kahwin lagi?” Soalku secara tiba-tiba ketika aku melihatnya sangat khusyuk melihat movie yang dipasangnya di TV. GOAL OF THE DEAD. Cerita jenis apa lah yang dia bawa aku tengok ni. Ayat simple jer yang aku nak kategorikan untuk cerita ni. Zombi yang bermain bola. The End.
            “Ehem.” Aku mendengar abang Faizul melegakan kerongkongnya. “Ril kata apa tadi?” Soalnya pula. “Oh ya! Kenapa abang belum berkahwin? Kan? Well, sebab abang belum rasa nak kahwin? That’s all.” Terangnya.
            “Macam tu jer? Abang ni songsang ke?” Soalku. Ingin memutar-belitkan cerita asal.
            “Pada pandangan Ril?” Katanya dengan wajah yang agak serius.
            “Nothing. Just forget it.” Kataku. “Ril masuk bilik dulu. Maaf andai kata-kata Ril tidak menyenangkan hati abang. Terima kasih sebab benarkan Ril menginap.” Ucapku. Aku terus berlalu masuk ke dalam bilik. Aku menatap polos laptop aku yang terdampar di atas meja. Aku sendiri tidak berapa nak ingat sejak bila aku meletakkan laptop tersebut disitu. Aku terus menekan butang ON laptop tersebut. I guess I just sleep my lappy for all the way I got here. Sebab bila on jer terus masuk Logon window. Well, I really does that. For real. All the time.
            Aku hanya membiarkan laptop tersebut terus memaparkan gambar Logon tersebut. Gambar yang sama dengan desktop background aku. A couple, holding hands. It’s feel warm. I can feel it. But, it’s just from the bottom and end up at half of the couple’s body. The picture didn’t show the whole body, just half of it. Just half. Aku terus berlalu ke dapur dan meninggalkan laptop tersebut memaparkan benda yang sama.
            But, I guess today not my day. Aku terlanggar sesuatu yang keras. Sesuatu yang muscular. Well, damn it! Aku terlanggar abang Faizul. And damn it too dia sedang buat drama hindustan pula, dia sempat menarik tangan aku dan membawa aku ke pelukkannya. Petanda apakah ini?
            “Woah kiddo.” Ucap abang Faizul.
            Aku hanya memandangnya. Masih dalam posisi yang sama sebelum aku meloloskan diri dari pegangan tangannya. Ackward.
            “Maaf.”
            Hanya itu yang mampu aku luahkan.
            “Me too. Salah abang juga sebab tak tengok depan.” Katanya lalu mengambil sesuatu kat atas lantai. Buku? Ya, buku. Aku sendiri tidak berapa nak sedar sejak bila buku tu sudah terdampar kat atas lantai? Sebelum or selepas aku melanggar dia? Sebab seingat aku, aku tidak pula melihat dia membawa buku tadi. Mungkin aku tidak perasan. That’s it. That’s the point. Aku tidak perasan.
            Aku merenungnya. Dia membalas renunganku kembali.
            “Do you have something nice to drink for this peace evening? Like coffee? Sorf of..” Soalku sambil menekankan perkataan PEACE yang aku luah sebentar tadi.
            “Abang rasa abang ada kot. Ermm, let’s take a look.” Katanya lalu berlalu semula ke dapur. Aku mengekorinya dari belakang. “Milo ada. Nak?” cadangnya.
            “It’s fine.” Kataku lalu mendapatkan cerek yang berada di sudut dapur.
            “Biar abang yang buat.” Pintanya.
            “Tak apa. Ril boleh buat sendiri.” Balasku.
            “I know. Abang just tak berapa nak sure yang abang percayakan Ril untuk buat kerja dapur. Bukan maksud abang yang abang tak percaya, just like this. Ril kan tetamu abang. Tak manis pula kalau abang suruh tetamu buat air minuman dia sendiri.” Terang abang Faizul. Aku faham apa yang dia maksudkan.
            Aku menarik kerusi lalu duduk menunggu abang Faizul siap membancuh air milo untuk aku. Alangkah bagusnya kalau dia seperti abang Faizul. Dia. Orang kedua yang pernah bertakhta di dalam hatiku. Orang kedua yang sejenis yang pernah bertamu di dalam hatiku. Bagaimana akan ku tempuhi semua situasi yang bakal berlaku kelak. Mampukah aku terus mengelak daripadanya. Aku tahu yang perasaanku tidak bertepuk sebelah tangan. Untuk itu, perlukah aku gembira? Tidak. Aku tidak ingin dia membalas semua apa yang aku rasakan. Aku tidak ingin mengheretnya. Menempuh semua onak dan duri yang aku cipta. Aku ingin dia seperti insan biasa. Aku ingin kekal menjadi sahabatnya. Sahabat yang sentiasa ada disaat dia memerlukan seseorang yang bernama sahabat.
            Bagaimana dengan Mr. Nj?
            Dia merupakan insan yang pernah membuatkan aku merasa selamat apabila aku berada di dekatnya. Adakah disebabkan dia seperti aku juga? Menyukai sesama jenis dan itu membuatkan aku merasa yang aku perlukan dia? Encik Fahmi. Tiba-tiba nama tersebut menerjah ke kotak mindaku. Dia seperti aku juga ke? Tapi itulah yang didakwa oleh ibunya sendiri, Datin Sal.
            “Ril nak termangu kat situ sepanjang petang ni ke?” Sergah Abang Faizul dan segala benda yang aku fikirkan sebentar tadi telah hilang melambung entah ke mana. “Dah masuk kali ke-6 abang panggil nama Ril dari tadi. Itu lah sebabnya abang sergah Ril terus. Ril ada masalah ke? Macam serius jer?” sambungnya lagi.
            “Nothing. Just fikirkan sesuatu like kenapa abang belum berkahwin sedangkan umur abang semakin berlalu setiap saat?” Bohongku. “Terima kasih sebab dah buatkan air ni untuk Ril. Ril masuk bilik dulu.” Kataku lagi. Lalu beredar pergi. Meninggalkan abang Faizul sendiri. Kehairanan mungkin.

XXX

CERITA apa yer yang bagus untuk ditonton petang-petang macam ni? Rasanya semua cerita aku dah tengok. Aku melihat senarai cerita yang ada. MY BROMANCE. Aku pernah menonton cerita tersebut. Bukan hanya sekali. Sudah acap kali aku memutarkan cerita yang sama. Guess what, aku rasa yang aku takkan pernah bosan dengan cerita tersebut. Ia mengandungi banyak makna. Aku terus memutarkan cerita tersebut kembali. Ya, memutarkannya kembali. Again and again. Over and over again.
            My Bromance. Tajuk asal dia “Pee Chai”. Cerita Thailand. Gay-theme movie. Pelakon utama, they suit each other. Perfectly. Masih segar lagi ayat yang diungkapkan oleh watak utama tersebut di mindaku. Ayat yang sangat bermakna. Seandainya DIA yang mengungkapkan ayat itu. Betapa bertuahnya orang yang mendapatkan ayat itu. Seandainya saja orang yang menerima ayat itu aku? Apakah reaksi yang perlu aku ekspresikan. Terkejut? Terharu? Rasa dicintai? Damn! Why should I feel that way?
            Aku terus memutarkan cerita itu dengan kecepatan yang maksimum. Untuk mencari scene yang aku paling suka. Suka kerana ayat yang penuh makna.



"If you had just told me this from the start, then we didn't need to waste so much time."

"I really glad that you feel the same way I do."



What a word. Betapa bahagianya. They hug each other. Dan berjanji yang mereka tidak akan pernah meninggalkan antara satu sama lain. Tidak akan sama sekali. But, tidak kah mereka tahu yang mereka juga manusia biasa? Melalui pelbagai rintangan yang tak mampu mereka ketepikan kelak. Soon, they will know.
            Aku terus memutarkan bahagian akhir cerita tersebut. Aku suka ayat yang terakhir.
            Ayat yang membawa kebenaran. Kebenaran yang tidak mampu dinafikan.



Maybe, some people enter your life in order to create wonderful memories before they leave. It's hard to come to terms with that whether they walk away alive or dead. The only thing we can do is keeping that person alive in your memory as long as you can. That someone doesn't need to always please you like a girlfriend or a boyfriend, but they can make you happy. That person doesn't need to cherish you like parents, but they can give you warmth. And they always ready to protect you. That someone who you won't go into hysterics when they leave, but they will always be in your memory forever.



Kan? Bermakna sangat-sangat. Penuh dengan kebenaran. Apa yang perlu kita lakukan adalah KEEP THAT PERSON ALIVE IN OUR MEMORY AS LONG AS WE CAN. That’s all. Selagi orang itu masih hidup di dalam minda kita. Selagi orang itu masih segar di minda kita. Selagi itulah kita akan sentiasa mengingatinya dan selagi itulah orang itu akan sentiasa di ingatan kita buat selama-lamanya. Isn’t that beautiful?
            Aku terus menutup cerita tersebut. Hahahahaha. Tak sampai 10 minit, cerita dah habis.
            “Wah! Nice movie. Boleh join?” Ucap satu suara dari belakang aku. I know that voice. I mean, just dua suara jer kat rumah ni. Kalau bukan suara aku, suara tuan rumah lah jawabnya. Aku memalingkan wajah ke arah empunya suara tersebut.
            Muka abang Faizul dah buat expression excited beruk.
            Sejak bila pula budak tua ni dah berada kat belakang aku? Berapa lama dia dah tercegat kat situ? Kenapa dia masuk tak ketuk pintu? Ya! Kenapa masuk tak ketuk pintu?!
            “Ehem, abang RUMAH, I know this is your RUMAH but boleh tak ketuk pintu sebelum masuk?” Kataku. Buat lagak yang aku pula yang punya rumah tersebut. Siapalah aku nak larang dia buat macam tu. I mean, ini rumah dia. Buat apa pula dia nak ketuk pintu bagai? Aku just tetamu kan? Just tetamu. Dia boleh terajang aku keluar dari rumah ni bila-bila masa dia nak. Sekarang kalau dia nak pun dia boleh.
            “Eh, bukan tadi abang dah ketuk pintu ke?” Ucapnya. Kebingungan.
            “Tengok ni.” Katanya lagi. “Tangan abang dah naik kembang sebab ketuk pintu banyak kali.” Tambahnya lagi. Bunyinya seperti orang yang tengah merajuk. Merajuk? Atas alasan apa? aku memandang tangannya. Memang betul apa yang didakwanya. Tangannya dah merah. Tetapi, kenapa bangang sangat aku tiba-tiba meraih tangannya dan mengusap tangan tersebut perlahan-lahan. Seperti ingin menenangkannya. Atau mungkin ingin mengurangkan rasa kesakitan yang dia alami? But, aku rasa tak perlu kan aku buat macam tu. Tapi juga.. kenapa tangan aku makin ligat mengusap tangannya sedangkan minda aku terus-terusan mengatakan untuk tidak berbuat begitu.
            “Maaf.” Ucapku perlahan.
            “It’s okay.” Katanya.
            Pun begitu aku masih melakukan benda yang sama. Mengusap tangannya. Tangannya lebih besar dari tanganku. Tangannya terasa hangat. Kuat. Rasa seperti aku merasa selamat bila berbuat seperti itu. What going on here?! Aku terus meleraikan pegangan tanganku dari tangannya.
            “Sorry again.” Ungkapku.
            “It’s okay again.” Katanya pula. Dia meleparkan senyuman.
            Aku baru perasan untuk kali ini. Dia memiliki senyuman yang sentiasa aku agungkan selama ini. Senyuman yang sentiasa aku impikan untuk dapat kulihat setiap hari. Senyuman yang tidak akan pernah membuatku jemu. Aku tidak pasti senyuman itu diberi nama apa akan tetapi aku menggelarkan senyuman itu sebagai ‘KITTY SMILE’. Aku tidak tahu macam mana nak terangkan. Yang aku pasti dia memiliki senyuman tersebut. Senyuman yang aku impikan yang aku dapat melihatnya dari jarak dekat. Abang Faizul memilikinya. Ingin ku jeritkan kepada seluruh dunia yang abang Faizul memiliki senyuman yang aku sentiasa dambakan tersebut.
            “May I ask you a question?” Luahku. Penuh makna.
            “You may.” Katanya. Dia senyum lagi.
            “Macam mana abang buat senyuman tu?” Soalku. Okay! Soalan bangang. Itulah yang aku gelarkan untuk soalan yang tak logik dan tak masuk akal. Dan soalan tersebut terpacul keluar dari mulutku sendiri. Malu. Ackward. Sebati menjadi satu perasaan yang membuatkan aku merasakan yang aku nak sorokan muka aku. Macam burung unta yang sorokkan muka dia kat dalam tanah? Something macam itu.
            Abang Faizul senyum lagi. Okay! I’m out of my mind bila aku tiba-tiba menyentuh bibirnya.

            “I love your smile.” Ucapku perlahan. Shut up! Mulut ni! Kenapa degil sangat tak nak dengar kata minda aku. Tangan ni pula. Kenapa tak nak dengar cakap langsung. Aku gila!