Sunday, June 21, 2015

Novel : Di Persimpangan [Bab 3]

Bab 3

“Faizul, dah siap ke artikel yang bos kita minta untuk sedutan akan datang ni. Dia tengah bising tu.” Kata seorang gadis yang sungguh anggun. Walaupun gadis itu hanya mengenakan skirt warna putih telur separas lutut dan baju berwarna pink kemerah-merahan kecantikkannya memang tidak dapat dinafikan. Faizul hanya memandang sekilas kemudian dia meneruskan kegiatannya yang tergendala sebentar tadi. “Faizul, you dengar tak apa yang I cakap ni. Bos tengah meraung-raung tu minta artikel tentang tips-tips yang you suggest kat dia tempoh hari. You ni kan, selalu jer ignore I setiap kali I panggil you. Sekarang I nak tau apa sebab dia. Why?” Sambung gadis itu lagi.

            “Ok. I akan jawab soalan you yang pertama sekali. Dah siap. Dah settle kan kerja you? I lagi busy sekarang ni dengan research I jadi boleh tak you tinggalkan I sekejap. Sebab I tak nak nanti mood ceria I berubah menjadi mood nak makan orang. Dipersilakan Puteri ARIANA ALISA.” Ucap Faizul sambil menekankan nama gadis tersebut dengan nada yang serius lalu menggayakan kata “dipersilakan” nya tadi dengan senyuman yang dibuat. Dia menjadi semakin pelik dengan perangai gadis seorang ni. Dia pun tidak ada keinginan untuk bertanya kenapa. Ariana Alisa sudah ingin melangkah pergi namun Faizul sempat menahannya. Ariana Alisa tersenyum puas. ‘You fikir, you boleh ignore I macam tu saja. You silap Faizul.’ Bisik hati kecil Ariana Alisa.

            “Sebelum you lupa tentang sesuatu. Lebih baik I tolong ingatkan you. You lupa nak minta soft copy artikel tu dari I. Nah, Semuanya ada dalam thumbdrive ni. You bawa kat bos kita. Kalau dia setuju terus suruh Kimi print out.” Terang Faizul sambil menyuakan thumbdrive tersebut. Ariana Alisa hanya mendengus lalu menyambar thumbdrive yang berada di tangan Faizul sebelum dia beredar. Faizul mengeluh perlahan. Sejak akhir-akhir ini perangai gadis tersebut semakin berubah. Selalu minta perhatian daripadanya. Selama ini tidak pernah walau sekelumit hama sekalipun gadis tersebut mempedulikannya. ‘Apa-apa jelah. Itu hak dia nak berubah ke, apa ke. Dia punya pasal. Yang penting aku tak ganggu dia. The end.’ Kata hati Faizul. Lalu menyambung kerja nya kembali.

            “Ehem.” Faizul mendengar bunyi orang berdehem di hadapannya. ‘Siapa lagi pula ni. Aduh. Mengganggu betul.’ Sempat lagi Faizul merengus sebelum melihat siapa gerangan empunya deheman tersebut.

            “Oh, bos. Good morning. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soal Faizul sambil mengawal riak wajah terkejutnya. Selama dia bekerja di syarikat majalah ini, tidak pernah sama sekali bos dia datang bertandang ke meja kerjanya. Jadi gugup juga dia melihat wajah bosnya itu.

            “Jadi you lah yang bernama Faizul. Panggil I Datin Sal saja. Jangan nak panggil bos bagai semua. Kita semua kat sini satu keluarga. Tidak ada istilah bos dan kuli.” Ujar Datin Sal. Faizul hanya mengangguk sahaja. “Sebelum tu, thanks sangat-sangat atas usaha keras you selama sebulan you kerja kat syarikat ni. You dah banyak menyumbang hasil kerja yang brilliant sekali kat syarikat kita. Sekarang majalah “Rias” yang dikeluarkan oleh syarikat kita mendapat sambutan yang sangat memuaskan. Pelbagai jenis komen yang dihantar, especially bahagian artikel tentang tips-tips yang selalu you buat tu. Ada readers yang kata 70% daripada tips tersebut memang menjadi. I don’t know how you did it but keep it up. Readers kita sekarang dah sukakan hasil kerja you. Kalau dapat bulan depan syarikat kita akan mengadakan program beramah-mesra dengan para reader.” Kata Datin Sal panjang lebar. Faizul hanya menguntumkan senyuman. Berbaloi juga kerja keras nya selama ini.

            “Sama-sama bos.. I mean, Datin Sal. Saya akan buat yang terbaik untuk syarikat kita.” Terang Faizul bersungguh-sungguh.

            “That’s it. Itu yang I nak dengar. Okay, I dah tengok hasil kerja you tadi. Good job. Tapi I nak request satu benda kat you. Boleh tak?” ujar Datin Sal dengan penuh harapan.

            “Kalau benda tu mampu saya lakukan, saya akan buat sehabis yang saya mampu buat Datin.” Balas Faizul.

            “Macam ni, you tahu kan anak I yang interview you aritu?” Datin Sal menyoal.
            “Ya saya kenal. Encik Fahmi kalau tak silap saya. Kenapa dengan dia Datin?” soal Faizul juga dengan perasaan yang agak teruja. Dia sedar semenjak dia melihat wajah Encik Fahmi sebulan yang lepas dia tidak tahu kenapa wajah tersebut sentiasa betandang di kotak mindanya.

            “I nak you rahsiakan perkara ni dari pengetahuan umum. You tahu kan yang anak I tu model. Nama dia sedang gah kat Malaysia ni. But, minggu lepas...” Datin Sal berhenti meneruskan hujahnya. Mata Datin Sal lincah melihat ke kiri dan ke kanan. Takut benar dia jika perkara yang nak dikatakannya bakal nanti diketahui oleh orang lain. “Macam ni lah Faizul. Lunch nanti you datang office I. Kat sini tidak ada privacy. Jangan lupa tau. You saja yang boleh bantu I setakat ni. Sebab I percayakan you. Dengan prestasi yang telah you tunjukkan kat syarikat ni. I yakin you pasti boleh. Jangan lupa datang office I okay?” sambungnya lagi sambil berkali-kali mengingatkan Faizul.

            “Baik Datin.” Ujar Faizul sambul mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan-lahan.
            Sebenarnya dia tengah musykil sangat pada tika ini. Dalam banyak-banyak pekerja kat syarikat ini kenapa mesti dia yang menjadi kepercayaan bosnya itu. Lagipun dia baru sebulan lebih saja kerja kat office tersebut, takkan bosnya terus memberi kepercayaan terhadapnya. ‘Encik Fahmi.’ Faizul menyebut nama anak tunggal bosnya itu hanya sekadar di dalam hati sahaja. Banyak persoalan yang muncul di sudut hatinya. Sebahagiannya seperti;

1.    Dia tidak tahu sama sekali bahawasanya anak bosnya itu merupakan seorang model?
2.    Dalam banyak-banyak pekerja kat syarikat tersebut kenapa dia yang diberikan kepercayaan tersebut?
3.    Mampukah dia menggalas ‘kepercayaan’ yang bakal diberikan kepadanya kelak?
4.    Why? Why? And why?

“Hai Faizul.” Sapa seorang gadis dengan lemah lembut. Penuh ketertiban.

“Hai juga and good morning. Ada apa-apa yang saya bantu Ina?” Balas Faizul dengan senyuman yang sangat manis.

“Well, Datin suruh awak pergi office dia. Dia kata hal yang mustahak. Ina pun tak berapa pasti sangat tapi tadi Ina tengok ada seorang jejaka cute kat dalam offce dia. Cair Ina dibuatnya. Dah lah. Ina nak sambung kerja balik. Datin kata awak harus pergi office dia sekarang juga. Bye.”  Terang gadis yang bermana Ina tersebut lalu beredar pergi.

XXX

DATIN SAL kelihatan sedang berbual dengan seorang jejaka. Mungkin itu jejaka yang dinyatakan oleh Ina sebentar tadi. Namun sedang rancak mereka berbual, kedengaran bunyi ketukan di pintu. Datin Sal menyuruh gerangan yang mengetuk pintu itu masuk. Kepala Faizul terjengul di muka pintu sebelum dia meloloskan badannya masuk ke dalam pejabat. Dengan penuh tertib dia menutup semula pintu pejabat tersebut.

            “Maaf kalau saya mengganggu. Datin nak berjumpa dengan saya?” Soal Faizul sambil memandang sekilas ke arah seorang jejaka yang sekarang turut menatap dirinya.

            “Ya, Faizul. Perkenalkan ini Khairil. Pekerja baru kita merangkap pembantu you  selama you kerja nanti. I know awak takkan setuju but silakan duduk dulu.” Ujar Datin Sal. “Macam ni. Tentang hal yang I maklumkan kepada you tadi. Khairil akan membantu you dalam semua hal tersebut. Sekarang Fahmi sedang menuntut di salah satu institut kat Negeri Sembilan. Benda yang I nak minta you berdua tolong tu macam ni.

            Untuk Khairil, I dah sedia maklum yang you pernah menuntut kat institut tersebut. Sebab tu I hantar surat yang you terima minggu lepas. I know yang you sudah 4 bulan belajar kat sana and then you give it up because of your problem that you mention earlier. And I juga tahu yang you masih simpan ID Card pelajar kat institut tu. Dan yang ini bakal memudahkan lagi kerja you berdua. Faizul, I nak you berdua menyamar jadi pelajar kat sana. Nanti I minta Encik Rahim uruskan semua pendaftaran. I juga dah sediakan tempat tinggal yang dekat dengan kolej tersebut. Segalanya I yang tanggung. Kerja you berdua senang. You berdua harus follow gerak-geri Fahmi. Sebab dari maklumat yang I dapat. Fahmi sekarang dalam keadaan yang genting. You berdua akan faham maksud I kemudian.” Terang Datin Sal panjang lebar. Mulut Khairil dah melopong. Faizul hanya mengangguk perlahan.

            “Tapi Datin, macam mana dengan kerja yang saya jawat sekarang ni? Siapa yang nak uruskan?” Soal Faizul.

            “Haihh, sekarang zaman moden Faizul. I dah sediakan semua kemudahan untuk you kat sana nanti. You bekerja macam biasa. You hantar semua kerja melalui email. But, sambil tu you harus jadi pelajar merangkap spy I. I hope semuanya dah jelas. Anything else?” Soal Datin Sal.

            “Maafkan saya Datin, tapi untuk semua ini saya minta jasa baik Datin supaya saya maklumkan hal ni kat parents saya. Bukan mudah untuk mereka melepaskan saya begitu sahaja. Saya harap Datin pertimbangkan. Lagipun mereka izinkan saya datang ni sebab saya bagitahu mereka yang saya dapat job.” Luah Khairil.

            “For that, you jangan risau Khairil. I dah suruh Encik Rahim bagitahu parents you. Every month Encik Rahim akan menghantar half daripada gaji you kepada parents you. Masih ada apa-apa lagi kemusykilan. Better ask me now.” Tanya Datin sal lagi.

            “Untuk menjalankan ‘MISI’ ini. Bila kami berdua akan bertolak ke sana?” Soal Faizul.

            “Soalan yang bernas Faizul. Tomorrow you berdua mesti bertolak awal-awal. Untuk malam ni Khairil akan bermalam at your place. I hope you tak keberatan. I tengok dia bawa semua barang dia ni. Banyak. Untuk itu, you berdua boleh balik sekarang. Simpan semua barang yang perlu dibawa sebagai seorang pelajar. Not as a pekerja okay, Faizul.” Jelas Datin Sal dalam nada gurauan. Senyuman tidak pernah hilang dari bibirnya dari tadi.

            “Datin. Maafkan sekiranya saya banyak menyoal.” Kata Khairil sambil mengangkatkan tangannya.

            “It’s okay Khairil. Lebih banyak soalan. Lagi I suka. Sebab itu sangat berguna kelak.”

            “Macam ni, kenapa Datin choose saya untuk kerja ni semua beside saya pernah sekolah kat sana dulu?” soal Khairil dengan penuh pengharapan.

            “I know the real you. You know what I mean. Your a P-L-U. Maaf andai kata-kata I menyinggung perasaan you but for both of your information yang anak I Fahmi tu a part of it. Not fully macam tu tetapi dari source yang boleh dipercayai dia ada scandal kat sana. You bakal tahu kemudian Khairil. Sebab you pernah terlibat dengan scandal dia tu dulu. Hey, Faizul yang you ternganga tu kenapa. I tak perlu kebolehan ternganga lah. Take caution tau. Sebab kalau silap langkah, maut akan menanti. Okay, you berdua boleh pergi jahanam. Hahahahahah. Gurau saja, you berdua boleh balik. Ingat tau, you berdua akan berhadapan dengan orang yang bukan tandingan you berdua nanti.” Ucap Datin Sal panjang lebar. Khairil kelihatan dah berkali-kali mengangguk-anggukkan kepalanya. Lagaknya seperti faham benar dengan segala penerangan Datin tersebut.

            “Baiklah Datin, kami berdua minta diri dulu. Terima kasih sangat sebab selama sebulan saya kerja kat sini ini kali pertama saya balik pukul 10 pagi. Ahha. Saya akan buat dengan baik apa yang Datin amanahkan ini. Termasuk dengan budak yang bakal menjadi jagaan saya ni nanti.” Ujar Faizul dengan menghadiahkan senyuman yang sinis kepada Khairil. Khairil hanya menundukkan kepalanya lalu menggapai beg nya. Faizul sudah membawa luggage nya keluar dari office tersebut. Bengang juga dia dengan sindiran Faizul sebentar tadi.


            Datin Sal hanya menganggukkan kepalanya sambil memerhatikan kepergian kedua pekerja spy nya itu dengan anak matanya. Di dalam hatinya telah tertanam satu kepercayaan. Dia pasti dia tidak salah kali ini.

No comments:

Post a Comment