Thursday, June 11, 2015

Novel : Di Persimpangan [Bab 2]

Bab 2

Aku melihat skrin telefon ku. Hambar. Tidak ada benda yang menarik. Tidak ada panggilan telefon dari sesiapa sekembali aku ke Kapit. Perlukah aku berhenti berharap? Ya! Berhenti mengingatinya. Berhenti menyukainya. Berhenti daripada terus menginginkannya. Tetapi, bagaimana? Aku telah terlanjur mencintainya. Aku terlanjur menyayanginya. Walaupun perasaan yang terbit dari hatiku, hanya sebatas impian sahaja. Aku mengalihkan pandanganku ke arah skrin komputer riba yang masih menyala. Drama bersiri inggeris, Grimm masih terpasang dengan lincahnya. Inggeris? Kenapa tidak drama Korea? Well, dia yang mengajar aku untuk berhenti meminati every single thing about korean artist, drama and even a movie. Jadi, aku pun berhijrah ke drama inggeris and of course english movie.

            Dia benci korea. Dia kata, korea tu gay. Act like a man but obviously gay. That was his quote. First time dengar, memang berasap lah telinga sebab aku peminat kental korea. Tetapi semakin lama, aku makin mampu melupakan everything about korea. And now i’m a little bit diffferent person. Aku tidak apa, pelik sikit saja, dia lagi lah pelik. Dia peminat kental cerita hindustan!

            Aku mencapai telefon yang berada di atas meja. Pegang. Sejuk. Mana tak nya, dah berjam-jam telefon aku keseorangan tanpa dibelai kat atas meja tu. Kesian dia. Nampaknya tuan dia tak berapa care dengan dia. Hahahahahahahah. On phone. Masukkan password. Lepas tu buka pula browser. Berhenti. Damn mind! Saat-saat macam ni pula dia beku. Aku tak tahu nak cari apa and nak buka halaman apa. facebook? Bosan lah wei! Alih-alih buka halaman sosial tu jer. Dah naik meluat aku dengar status orang yang apa kejadahnya mereka tulis, aku pun tak reti.

            Wait a minute! Ya! I have an idea. Yes! Cepat-cepat aku menaip ‘facebook.com’ kat bahagian link bar. Aik? Facebook? Tadi kata jemu lah, bosan lah, whatever lah. Hihihihihhihihih. Yang ni lain. Aku bukannya buka facebook aku. Aku buka facebook dia, Hery. Kat bahagian e-mel. Aku masukkan e-mel dia. Hery.xxx@yahoo.com. lepas tu masukkan password dia kat dalam ruang password. Well, aku tahu password facebook dia. Macam mana aku boleh tahu? Rahsia. Mana boleh kasi tau. Nanti korang tiru pula cara aku. Pandai-pandai lah nak buat macam mana.

            Damn internet connection! Lembab nak mampus jer. Mana tak nya. Rumah aku ni duduk kat celah-celah bumi yang tak berapa nak diketahui orang sangat. Internet pun lembab siak. Sabar-sabar. Orang yang sabar disayangi Tuhan kan? Of course lah. Hahahahahahahahahah (evil laugh!). Halaman utama Facebook terpapar dengan megahnya. Aku menatap gambar profil yang dia guna. Innocent. Itulah ayat pertama yang dapat aku fikir setiap kali menatap gambar profil yang dia guna. Dia pernah bagitahu aku yang gambar tu dia ambil pada tahun lepas.

            Aku klik bahagian notification. Banyak juga. Ada kawan-kawan dia yang tag dia kat gambar. Pause sekejap. Gambar yang penuh dengan ayat-ayat pujangga? Romantik juga budak ni. Setahu aku dia ni jenis yang, well, agak romantik lah. Nak bukti? Well, dia pernah pegang tangan aku kat public. Dia selamba jer pegang tangan aku kat depan member-member yang lain. Kejadian tu exactly macam ni.

            Jam waktu itu dalam lingkungan pukul tujuh setengah, weekend. Aku dengan member-member yang satu dorm dengan kita orang sama-sama pergi kedai runcit. Waktu tu memang dah gelap lah kan, tapi ada lampu jalan yang menerangi setiap inci jalan raya yang kami lalui. Tapi ada juga bahagian lorong yang tidak disimbahi cahaya jalan sebab lampu-lampu jalan pada lorong jalan tersebut terpasang agak jauh dari kebiasaannya. Waktu pergi kedai tu memang tidak ada apa-apa yang berlaku. Macam biasa saja. Gurau-gurau. Gelak-gelak. Pendek kata, kita orang enjoy sangat lah masa tu. Ke’romantikkan’ budak ni muncul waktu kita orang balik dari kedai. Dia nyanyi-nyanyi lagu Hindustan sambil buat gaya tarian lagu yang dia bawa tu sekali. Aku yang kebetulan, err.. kebetulan ke? Wait! Aku memang sengaja, ya! Waktu itu aku memang sengaja berjalan di sebelahnya. Dekat. Hingga sekali-sekala tangan aku menyentuh jemari tangannya. Secara kebetulan waktu itu sepasang kekasih muncul dari seberang jalan sambil berpimpin tangan dengan eratnya. Kita orang pun mula lah bergosip tentang couple tersebut. Macam-macam kritikan diajukan. Perlahan-lahan tapi mengejutkan dia meraih tangan ku yang sangat-sangat dekat dengan tangannya waktu itu. Dia pun mengangkat tangan kami berdua dan menunjuk-nunjuk kepada member-member yang lain. Macam-macam ayat yang dia ucapkan waktu itu. Yang aku ingat, semua ayat dia waktu tu memang membuat aku terbuai. Antara ayat yang dia lafazkan waktu itu, yang aku selalu ingat sampai bila-bila adalah, dia kata macam ni. ‘kalau lah awak ni dilahirkan sebagai perempuan. Aku lah orang pertama yang akan menjadi pasangan awak, lahir dan batin. Awak terlalu sempurna untuk dilahirkan menjadi seorang lelaki.’ Katanya sambil memegang tangan ku dengan erat. Aku perhatikan dia, tidak ada tanda-tanda dia akan melepaskan tanganku, sehingga member-member yang melihat drama yang dia cipta di belakang kita orang waktu itu menegur tingkahnya baru lah dia melepaskan tangan ku. Perlahan-lahan. Seperti tidak rela untuk meleraikannya.

            Tersentak. Jauh gila aku mengelamun. Jasad ada kat Sarawak. Tetapi jiwa dan ragaku masih tertinggal jauh di negeri orang, Negeri Sembilan. Mungkin disebabkan dia telah mencuri hatiku. Ya! Dia mencuri hatiku, hingga aku tidak mampu melupakannya. Segenap fikiran ku dipenuhi dengan bayangannya. Dia kejam! Zalim! Polis, tolong tangkap dia. Dia telah melakukan jenayah terhadapku. Dia telah mencuri sesuatu yang sangat berharga dalam diriku. Dia telah mencuri hatiku!

XXX

PAGI-PAGI lagi aku sudah bangun. Maklum saja lah, dah biasa bangun awal-awal pagi. Kalau kat sini seawal pukul 6 matahari sudah menampakkan sinarnya. Tetapi kalau kat semenanjung dalam pukul 7 lebih macam tu matahari baru nak menjengah keluar. Aku pantas membersihkan tempat tidur lalu menuju ke dapur. Mukaku aku basuh dengan air sejuk. Berminyak. Rimas betul rasanya kalau muka berminyak. Sudah menjadi satu rutin bagi aku untuk membasuh muka setiap kali muka terasa janggal. Lepas tu aku terus memasak air panas. Wait! Tak mandi?! Tak mungkin tak ada rasa rimas pula kalau tak mandi pagi? Well, baru pukul 6 kan. Masih terlalu awal kalau nak mandi. aku bukannya ada perancangan lagi nak pergi mana-mana. Lain lah kalau aku nak pergi pekan lah kan.

            Setelah siap semua urusan kat dapur. Aku terus membawa mug air kopi yang aku dah sediakan tadi. Berkepul-kepul asap keluar. Mana taknya, aku kasi air panas semua. Hahahahahahahahah... rasakan lah kau kesejukkan, aku jirus kau guna air panas. Aku pun segera meletakkan kopi panas tu kat atas meja. Panas. Rasa nak melecur tangan dibuatnya. But, I’m glad though sebab at least tangan aku tak rasa dingin. Kan?

            Perlahan-lahan tangan aku menggamit telefon bimbit yang terletak rapi kat atas laptop. Well, ikut suka aku lah nak letak mana. tak begitu? Aku terkekek-kekek tertawa kecil. Nak buat lawak tak laku lah pula. Mana lah ada orang yang sudi nak mendengarnya. Awal-awal pagi, semua orang masih berkepit dengan bantal. Lebih-lebih lagi bila sejuk dah menguasai seluruh badan. Memang tak terangkat lah jawabnya. Telefon bimbit yang dah berada dalam genggaman segera disentuh-sentuh. Phone touch screen kan. Memang lantasnya disentuh-sentuh. Kalau ditekan-tekan. Tak ke haru jadinya. Sah-sah nanti kena cop sebagai buta teknologi pula. Bak kata orang-orang tua. Budak kecil pun dah tahu guna benda-benda teknologi terkini tak kan lah pula orang yang dalam dunia remajanya masih tak tahu nak guna lagi.

            Laju saja tangan aku membuka notepad atau yang lebih tertera sebagai ‘ToDo’ kat dalam telefon bimbit aku. Niat tadi memang saja nak tengok kot-kot ada benda yang aku letak kat situ. Selalunya semua benda yang penting aku memang taip kat notepad tersebut. Maklum saja lah, sejak beberapa tahun kebelakangan ni masalah lupa aku makin menjadi-jadi. Aku pun agak risau. Mana lah tahu kalau tiba-tiba aku amnesia? Memang musnah lah hidup aku.

            Aku membuka catatan minggu lepas yang aku letak dengan tanda nama ‘IMPORTANT!’

            “Benda apa lah yang penting sangat ni?” Kataku. Menyoal diri sendiri lah tu.

            “Benda apa lah ni? Macam tahu saja yang aku akan baca benda ni minggu ni. Ajaib juga ya aku ni. At least aku tahu salah satu tabiat aku yang boleh dilabelkan sebagai ‘MALAS’. Tsk tsk tsk.” Sambungku lagi sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dari dalam bilik aku dapat mendengar bunyi bising kat dapur. Mungkin mereka yang lain dah bangun kot? Aku meletakkan kembali telefon bimbit tadi di atas laptop lalu meneguk air kopi yang masih panas perlahan-lahan sebelum aku menggapai semula telefon bimbit aku tadi lalu membaca untuk kali kedua. Maklum lah. Terlalu dasyat benda yang aku coret.

Title : IMPORTANT!
Details : Dude, U ada received surat minggu lepas.
I know U akan buka note ni sekali seminggu. Kan?
Macam lah I tak tau perangai U. Kahkahkah...!
Macam bodoh jer. OK! This is urgent..! surat tu ada kat
tempat biasa aku letak surat. Gogogo..!!!

Aku segera melangkah ke arah almari. Lantas bakul tempat untuk menyimpan surat aku gapai. Buka. Senang saja nak cari surat tersebut sebab dia berada kat paling hadapan sekali. Di hadapan sampul surat tersebut tertera tulisan yang sangat besar. Ya! Besar. Orang yang rabun pun dapat baca dengan sangat-sangat jelas. Apa lagi aku yang kadang-kadang rabun ni. Aku tersenyum lalu menggeleng perlahan.

“Ha, Ril buat apa senyum sorang-sorang awal pagi ni? Dah kena sampuk ke? Tu lah buat kopi untuk diri sendiri saja. Kan dah kena sampuk. Meh sini tolong mak bancuh kopi. Mak ada kerja sikit ni.” Kata mak aku yang tiba-tiba tercegat kat muka pintu. Sejak bila berdiri kat situ pun aku tak tahu.

“Okay bos!” Kataku. Aku terus berlalu ke dapur.


Surat tadi aku biarkan saja terdampar kat atas meja.

No comments:

Post a Comment