Thursday, June 11, 2015

Novel : Di Persimpangan [Bab 1]

Bab 1

Aku melangkah pergi. Tiada sepatah kata pun yang terucap dari bibirnya. Dia hanya menatapku dengan pandangan yang tajam. Aku tidak mempedulikannya. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan yang lain. Mereka membalasnya tetapi tidak termasuk dirinya. Dia memandang kearah lain. Dia tidak mengendahkan setiap patah perkataan yang aku ucapkan. Terima kasih. Hanya dua patah kata itu saja yang mampu aku luahkan untuknya. Aku pun berlalu menaiki teksi dan tidak melihat kearah mereka lagi. Hati ku terasa terkilan dengan tingkahnya. Aku tidak akan menghubunginya lagi. Ya! Tidak akan sama sekali. Biarkan detik ini menjadi kenangan masa silam yang tidak perlu dikenang semula.

            Aku mengesat air mataku. Aku harus kuat. Masih banyak lagi benda yang perlu aku fikirkan selain daripada memikirkan dia yang tidak pernah menghargai kehadiran aku di sisinya. Aku masih ingat lagi kejadian dua minggu lepas. Ya! Dua minggu yang lepas. ‘Kenapa kau menjadi Musuh Dalam Selimut ?’ Dia bertanya kepadaku. Aku hanya terpaku. Tidak mampu mengucapkan sepatah kata. Apa kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya? Dari mana dia dapat khabar angin yang sebegitu rupa? Aku menahan diri daripada untuk tidak menitiskan air mata. Dia menyoalku kembali. Aku menarik nafas dalam-dalam. ‘Maksud awak?’ Soalku kembali. Kali ini dia pula yang tidak menjawab pertanyaanku. Aku pun berlalu dari situ memandangkan keadaan menjadi semakin dingin.

            Aku memandang keluar jendela teksi yang aku naiki itu. Lalu berbisik.

            “Selamat tinggal Seremban. Selamat tinggal Legenda. Selamat tinggal Semenanjung. Selamat tinggal semuanya. Mungkin ini bukan takdir kita untuk berjumpa. Mungkin ini bukan masa yang tepat untuk aku berpijak di sini. Dengan itu, aku akan pergi. Pergi ke tempat yang bersesuaian untuk ku. Tempat yang seharusnya ku berada. Terima kasih Tuhan kerana telah memberiku peluang, walaupun hanya untuk seketika. Ku relakan dia merampas semuanya. Aku redha.” Tanpa sedar air mataku menitis perlahan-lahan. Dengan segera aku terus menyekanya. Aku tidak mahu pak cik yang sedang memandu itu terganggu dengan esak tangisku. Handphone ku berbunyi. Pesanan ringkas. Ya, pesanan yang cukup ringkas. Mempunyai makna yang mendalam. Pesanan yang cukup memberikan aku satu harapan yang aku inginkan selama ini.

            “Saya sayang awak. Balik cepat ya?” aku membaca pesanan tersebut berulang kali. Sangat tidak masuk akal. Tidak mungkin dia menghantar pesanan sedemikian rupa. Dia tidak seperti itu. Dia tidak pandai mengungkapkan kata-kata yang gramatis. Ini pasti satu kesilapan. Tetapi kenapa? Kenapa dia seakan-akan ingin memberi aku satu harapan yang tidak mungkin akan mampu ku gapai? Harapan yang tidak mungkin akan wujud di dunia nyata. Handphone ku berbunyi lagi. Kali ini pesanannya agak berbeza dan lebih panjang dari yang tadi. “Betul ke khabar yang saya dengar ni? Awak dah berhenti sekolah kat sini? Betul ke awak?! I hate you!! Dulu awak kata yang awak tidak akan tinggalkan saya sebab awak berpegang pada janji antara awak dengan mak saya. Dulu setiap hari awak ingatkan saya perkara yang sama. Kenapa awak? Kenapa?!” Jantung ku berdebar. Tidak tahu ingin memberi reaksi seperti apa. Handphone ku berbunyi lagi. Kali ini bunyi nada nya agak berlainan. Ya, kali ini pesanan yang dihantar melalui Wechat.

            “I’m so sorry babe. I told him that you leave this school. Not for the semester holiday but you will never come back again. I’m sorry. I’ve gotta say that to him because I wanna know his reaction. You know what he told me just now? He say that he did those to you because he really wanna know you. How far you can hold on to his action or whatever he did. It just a test for you..” Aku pun membalas pesanan tersebut.

            “But he did it through a ridiculous way. I’m chill for what you say to him. It’s doesn’t matter anyway. But the main point is WHY? Why he do that to me. It’s look really wauohh... Its look like that he really hate me for real and for sure he is. Well, that what was I mean a few days ago in my Facebook status. He will regret it. But in that time, I’m Already Gone. Okay, gotta go now. I don’t want to think of this matter anymore. Never..!”

            Aku terus tidak mempedulikan setiap pesanan yang masuk. Aku tidak menghiraukannya. Sesampai saja di Lapangan Terbang KLIA2, aku terus menguruskan semua apa benda yang patut. Aku tidak ingin memikirkan hal-hal yang lain. Apa yang aku fikir sekarang just nak balik, balik and balik. Aku ingin berjumpa dengan kedua-dua orang tuaku dan saudara-mara ku yang lainnya. Setelah semua benda telah selesai diuruskan, aku menunggu jam berlepas cukup sahaja. Masih ada setengah jam lagi sebelum jam berlepas. Aku mengeluarkan handphoneku yang telah lama menyepi dari dalam saku seluar jeans yang aku pakai. Senang saja nak keluarkan handphone tersebut. Bukan sebab handphone ni nipis tetapi jeans yang aku pakai tu longgar bagai nak rak. Mana tak nya, berat badan pun makin berkurang. So, jangan harap lah kalau jeans tu ketat.

            Tengok mesej-mesej yang masuk, what the..! banyak tak terkira. Belum ditambah dengan panggilan yang tak dijawab lagi. Aku ni memang sesuai sangat di’cop’ dengan gelaran orang yang paling kejam di dunia. Sebab apa? Antara alasan yang sangat-sangat munasabah saat ini adalah, bahawasanya aku tidak pernah sama sekali tidak menjawab panggilan yang masuk lebih-lebih lagi kalau ada mesej, memang laju jer jari-jemari aku membalasnya. Tapi kenapa pula kali ini aku kejam sangat? Lantak lah, mereka lagi kejam terhadap aku. Setiap kebaikan yang aku buat selama ini mereka balas dengan sangat-sangat kejam. Kejam bukan bermaksud sampai tahap nak bunuh bagai semua tu. Tapi kejam yang aku maksudkan ni mereka memanggil kau dengan nama apa entah, lepas tu kau dijadikan tempat untuk melampiaskan perasaan marah mereka. Lepas tu mereka buat muka apa entah bila tengok kau. Sekejap muka macam nak telan orang, sekejap muka yang sangat-sangat seram tetapi menjengkelkan. Susah lah nak definisikan kejam ni. Terlalu complicated.

            Aku delete semua mesej-mesej tersebut tanpa membacanya, jauh lagi ingin membalasnya. Tak tergerak langsung perasaan aku ingin berbuat demikian. Never!

XXX

Aku selamat tiba di Lapangan Terbang Sibu. Syukur sangat-sangat sebab tuhan melindungi aku semasa dalam perjalanan. Selepas melalui pintu untuk menyemak kad pengenalan dan sebagainya aku terus menelefon cousin aku yang aku selalu panggil kakak. Well, dia lebih tua lah for sure and she already had two children. A boy and a girl.  Dia menjemput aku di airport lalu menghantar aku ke wharf. Semasa dalam perjalanan of course lah orang belanja makan. Hahahahahahahaha. Hell yeah, lebih dari 12 jam aku belum jamah apa-apa makanan kot. Just a bottle of plain water and a cup of tea before leaving. Salah aku kot sebab terkinja-kinja nak balik and kemas-kemas barang dengan cepat-cepat. Dah jadi macam pelarian. Tapi aku rasa aku memang dah jadi macam seorang pelarian dah sekarang. Aku terpaksa, that’s all.

XXX

SEMINGGU SEBELUMNYA.

Aku mengemas barang-barang yang tidak or boleh dikategorikan sebagai jarang digunakan. For example, a formal uniform or something yang sejantina dengan barangan tersebut lah. Well, aku bukannya ada benda lain nak buat selepas habis mandi pukul 6 petang. Housemate yang lain of course lah mereka buat kerja mereka sendiri. They have their own life anyway. Their own business. So, aku most of the time memang spend masa dengan laptop or phone. Tak pun termenung. Yang tu antara perkara yang aku kerap lakukan lah. Lagipun situasi sekarang tidak sama macam dua or tiga bulan yang lepas. It’s change. I mean, dia sudah berubah. Yang tu masalah hati lah kan. Tapi sekarang something not going right out there. A lecturer fall in love with me? Shut up! It’s a nightmare. Macam mana aku boleh terjebak dengan benda ni semua. Benda ni cepat jer berlaku.

            Bukan aku nak katakan yang aku ni memilih or something. But, kalau soal hati memang susah kot bila semua ni berlaku secara tiba-tiba. Yang seorang ni dah tak tahu nak buat macam mana datang pula seorang ni secara tiba-tiba. It’s kinda shocking me. Even though aku rasa comfortable bila berdekatan dengan lecturer ni. Maybe because of some reason aku rasa macam damn safe bila lecturer ni ada or maybe juga sebab dia well, you know, people like us and he’s a part of it too. Sometime aku rasa memang susah sangat nak describe perasaan diri sendiri even nak jadikan satu karya kat atas paper. It’s really difficult for me. Well, aku study Graphic Design kat University ni so aku memang akan menghadap drawing paper yang aku sendiri pun memang tabik gila lah sebab surrounding kat uni tak sama dengan darjah or menengah. It’s totally different dari segi medium yang harus digunakan. Drawing paper pun besar gila. Selalunya guna A4 jer. Tak pun A3. Yang ni, A2 and A1. A2 paper size dia empat kali ganda saiz A4. Manakala A1 pula dua kali ganda saiz A2 and its mean lapan kali ganda saiz A4. Tak ke gila bila masuk kelas bawa drawing paper besar gedebak macam tu.
            “Awak nak balik hometown ke kemas barang semua bagai ni?”

            Pause kejap. Tak tahu nak cakap apa. Aku menatap muka orang yang punya suara tersebut. Well, it’s Chan. Just him. Nothing to worry about. “Takde lah, just simpan barang-barang yang aku jarang pakai. And tidy up sikit-sikit. Awak sendiri tengok kan, barang-barang aku tak berapa nak teratur sangat. Kind of berterabur macam tu lah.” Aku menjelaskan serba sedikit. Well, beside aku nak simpan barang yang jarang digunakan ni, aku memang dah plan dah nak balik hometown. I has a lot of reason and secret that can’t be told to anybody. Maybe for certain people but not all of it. Macam cerita tu tak fully diceritakan lah. Ada part yang perlu diceritakan dan ada part yang harus di’cut’ dari cerita yang akan disampaikan tu.

            For example antara secret yang memang certain people tak boleh tahu like:
1.    Our housemate, Alexander or lebih kerap dipanggil dengan nama Alex yang dah tak virgin setelah dia workout dengan dia punya boyfriend pada suatu malam.
2.    Aku pernah kissing dengan someone yang same gender. Well, bukan aku nak sangat benda tu berlaku but semua tu berlaku out of blue.
3.    Aku trauma dengan hospital or clinic sebab doctor pernah cucuk aku punya ‘tu’ guna something macam ‘dildo’. Well, yang ni memang hari terakhir aku pergi clinic or hospital lah.
4.    Aku crush kat ‘dia’.

Yang ni antara perkara yang aku rasa important sangat-sangat lah. Dan ada juga some secret yang lagi penting dari list kat atas yang pembaca tak patut tahu. Hahahahahahaha.

XXX

DUA MINGGU SEBELUMNYA

Okay, it’s kinda weird bila dia tidak menegur aku. I mean, perangai dia tidak macam hari-hari yang sebelumnya. Dia berubah. Aku tidak tahu di mana permulaannya tetapi dia memang tidak seperti yang aku kenal selama ini. Dia seperti biasa bila bersama dengan member-member yang lain tetapi tidak bila bersama dengan aku. Dia membenci aku. Ya, benci. Riak wajahnya menunjukkan semuanya. Aku melakukan pekerjaanku seperti biasa. Pergi kuliah, masak, bersih rumah, masak air and so on. Kadang-kadang aku rasa seperti aku ni kuli kat hostel ni even aku tidak dibuat seperti kuli. Actually, aku rela buat kerja ni semua sebab semuanya demi dia. Kalau bukan kerana dia jangan harap lah aku nak buat free macam ni.

            By the way, nama dia Hery. Muka dia tak lah bajet handsome sangat tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia tertarik dan tarikan yang ada kat dia tu telah menarik perhatian aku. Mata dia, riak wajah dia time dia tidak senang dengan sesuatu yang dilakukan oleh orang lain. Perangai dia yang suka marah-marah dan yang paling menarik adalah bulu kening dia. It’s so attractive. Bau perfume yang dia guna. Semuanya menyenangkan kecuali satu, dia ni suka buang angin. Kalau aku ada mesti buang angin jelah kerjanya. Tetapi yang peliknya, angin yang dia keluarkan tu tak berbau. Aneh? Of course. Tetapi aku tetap menyukainya. Dia adalah lelaki kedua yang pernah membuatkan aku rasa selamat. Something yang aku tidak tahu macam mana nak ungkapkan. Happy? Yang ni memang lah. Aku gembira bila berdekatan dengannya.


            Aku masih ingat lagi bagaimana akrabnya aku dan dia waktu pertama kali aku mengenalinya dahulu. Genggaman tangannya menghangatkan. Pelukannya membuatkanku merasa sangat aman. Sejak itu, perasaan ku terhadapnya menjadi semakin kuat. Dari setiap gerak-geri yang dia lakukan membuatkan ku semakin yakin bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadapku. Namun, kini semua persepsi yang ku simpul tidak seperti yang ku rasakan. Kebenciannya terhadapku semakin bertambah. Setiap kata-kata hina yang dia hamburkan kepadaku membuatkan ku merasakan bahawa aku adalah orang yang paling keji yang pernah dia kenali selama ini. Dia berbeza. Dia telah jauh berubah. Dalam diam ku menangis. Dalam tawa aku sengsara. Tetapi demi dia aku terus bertahan. Bertahan menghadapi setiap cacian yang dia lemparkan kepadaku. Aku rela.

No comments:

Post a Comment