Sunday, June 21, 2015

Novel : Di Persimpangan [Bab 4]

Bab 4

“Khairil right?” Soal Faizul untuk kepastian. Itulah ayat pertama yang diajukannya kepada Khairil setelah sekian lama dia memandu dari tadi.
“Ya saya.” Khairil mengangguk perlahan-lahan sebelum dia menjawab pertanyaan tersebut.
“Boleh abang tanya satu benda?” Faizul membahasakan dirinya sebagai abang.
“Em, boleh jer.” Jawab Khairil sekerat sahaja.
“I still wondering what was Datin maksudkan dengan P-L-U beberapa jam yang lalu?” Soal Faizul sambil memandu dengan tenang. Namun, sekali-sekala anak matanya melihat ke arah khairil yang berada di sebelahnya. Dari pengamatannya Khairil lebih banyak menghabiskan masanya melihat ke luar jendela. Sekejap senyum. Adakalanya si Khairil ni juga kelihatan sangat sedih. Dia seperti menanggung sesuatu yang sangat menyakitkan di dalam dirinya. Misteri. Ya. Itulah perumpamaan yang dapat dia lafazkan untuk Khairil.
“Ehem. You still not answering my question just now.” Soal Faizul kembali setelah beberapa minit soalan yang diajukannya tidak berbalas.
“Sorry, Awak tanya apa tadi?” Soal Khairil kembali.
“Well, abang just nak tahu P-L-U tu apa?” Ulang Faizul kembali. Bengang juga dia rasanya kerana soalan yang diajukannya tadi tidak diendahkan sama sekali. Tapi, apa lah daya dia nak marah-marah orang lain pada hari yang cerah dan indah sebegini. Lagipun Khairil boleh dikatakan sebagai “PENYELAMAT”. Mana taknya, selama ini dia tidak pernah balik seawal pukul sepuluh. Tiba saja Khairil beberapa jam yang lepas dia terus membawa tuah kepada dirinya.
“Well, it’s complicated. Ril tak tahu macam mana nak terangkan. Tapi percayalah. Suatu masa akan datang Ril secara personal akan bagitahu jawapan kepada soalan yang abang Faizul tanya.” Kata Khairil penuh hormat. Tidak ada sekelumit perasaan pun dia ingin menghampakan pertanyaan tersebut. Cuma dia belum bersedia. Belum bersedia untuk menerangkan kebenaran ayat tersebut.
“Okay. Abang pegang janji Ril tu. By the way, Ril ada apa-apa yang nak dibeli ke? Kalau ada nanti abang singgah kejap kat 7E kat depan tu nanti.” Soal Faizul kembali. Nampaknya dia sudah mula dapat menyesuaikan dirinya dengan Khairil.
“It’s okay. Ril ada bawa semua keperluan yang patut.” Balas Khairil.
“Okay.”
Hening. Suasana menjadi sepi seperti sebelum dia mula mengajukan soalan sebentar tadi. Dia sendiri bingung. Yalah. For someone yang berumur 27 tahun apa lah sangat yang nak disoalnya kepada seseorang yang berumur lebih muda daripadanya. Daripada apa yang diketahuinya dari Datin Sal. Khairil hanya berumur 18 tahun yang bakal mencecah umur 19 tahun bulan Mei tahun hadapan. Nak tanya apakah dia sudah mempunyai teman wanita? Well, itu soalan yang agak bengap. Itulah yang difikirkannya. Dia sendiri yang lebih tua masih tidak mempunyai teman pendamping dalam hidup, inikan pula yang lebih muda daripadanya. Perjalanan tersebut menjadi sangat dingin. Hanya bunyi hiruk-pikuk jalan raya sahaja yang kedengaran.

XXX

BETULKAH segala keputusan yang aku buat ni? Wake up! Aku masih belum terlambat untuk berundur. But, tadi aku dah sign contract dengan Datin Sal. Gaji untuk bulan pertama sebagai permulaan pun aku dah terima. Takkan aku nak hampakan family aku lagi. Tapi, mampukah aku menghadapi semua dugaan yang akan menjengah ke dalam hidupku semula setelah aku meninggalkannya dahulu? Dengan kata YA itu bermakna aku bakal berhadapan dengan mereka yang pernah bertamu dalam hidup aku. Aku tidak tahu. Ril! Shut it up! Kau mesti boleh punya! Ya. Aku boleh!
            Aku melihat persekitaran baru yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Mamat Faizul tu pun kelibatnya tidak kelihatan. Setelah dia menunjukkan bilik ini kepada aku. Dia terus blah macam tu aja. Salah aku juga sebab biarkan dia bercakap sensorang tadi. Apa kejadahnya pula aku mengangguk jer. Haihh. By the way, manusia jenis apa lah si Faizul ni tinggal kat rumah besar gedebak macam ni sorang-sorang. Dia takde makwe ke apa ke. Yelah kan. Dia pun bukannya kelihatan muda. Dari raut wajah dah terpapar ke’tua’an dia tu. Bilik ni pun agak damn huge. Ni baru bilik tetamu. Kalau main room? Besar mana entah aku pun tak dapat nak agak.
            Perlahan-lahan aku mengeluarkan handphone yang berada di dalam beg. Banyak betul pesanan ringkas masuk daripada adik-adik aku. Yalah, tadi aku silent phone time kat express awal pagi tadi. Aku terus mendail nombor telefon ayah aku.
            “Hello, abah. Ril ni.” Kataku selepas panggilan telefon ku dijawab.
            “Ril apa khabar. Macam mana? dapat tak kerja tu?” Soal ayahku.
            “A’ah. Sihat. Ril dapat kerja tu bah. Ril bekerja kat syarikat majalah.”
            “Majalah? Majalah apa?” Soal ayahku kembali.
            “Majalah ‘Rias’ bah. Ril pun baru jer nak tahu majalah ni tentang apa. Mak mana bah? Ril nak berbual dengan mak kejap.” Kataku.
            “Em, tunggu kejap.” Hening.
            “Hello Ril. Ril lagi buat apa? Jangan buat benda tak baik tau kat sana. Dengar cakap bos. Buat kerja dengan bebaik. Nanti Ril kena diberhentikan pula kalau bermalas-malasan.” Nasihat Ibuku secara tiba-tiba. Aku hanya tersenyum. Aku rindukan bebelannya.
            “Mak, Ril baru jer kerja. Takkan Ril nak buat perangai pula. Mak ni.” Kataku sambil ketawa kecil. “Mak, esok Pak Cik Rahim akan hantar duit ke sana. Separuh duit gaji Ril. Maafkan Ril mak sebab bukan Ril sendiri yang kasi mak duit tersebut. Tapi Ril janji yang Ril akan telefon mak dengan kerap.” Sambungku lagi.
            “Tak apa. Ril kerja lah dengan baik. Ni Ril tengah kerja ke? Ril sambung lah kerja tu.”
            “Eh, tak lah. Besok Ril mula kerja. Hari ni Ril menginap kat tempat kawan Ril. Kawan sepejabat. Takut pula Ril kot-kot Ril menyusahkan dia pula nanti.” Terangku.
            “Nanti Ril tanyalah dia. Ril ni. Dah lah. Mak nak sambung buat kerja ni. Malam nanti kalau Ril ada masa, Ril telefon lah mak balik.”
            “Okay, malam nanti Ril telefon. Mak off lah.” Kataku.
            “Ril jaga diri baik-baik tau.”
            “Okay bos.”
            Talian diputuskan.
            “Ehem, dah puas berbual?” Kedengaran deheman di muka pintu. Terkejut beruk aku dibuatnya. Budak tua ni. Tiba-tiba jer datang ni kenapa pula. Hish. Nasiblah aku tengah in mood. Kalau out of mood. Aku baling phone ni kat dia. Wait! Sayang, jangan baling phone. Ermm, nak baling apa ye? Bilik ni kosong jer. Tak jadi baling. “Aik? Takkan masih kat alam fantasy pula?” Kata Faizul kembali.
            “Kali ni dengar. Tapi sengaja buat tak dengar.” Kataku selamba. Mengawal riak wajah.
            “Ek’eleh poyo. Nak control macho lah tu. Abang tau yang Ril ni cute tapi jangan lah nak meng’cute’kan muka tu lagi.” Katanya. Aku tidak menghiraukannya. “Okay, maaf. Abang just nak tanya Ril nak makan kat luar ke?” Soalnya.
            “How about masak jer kat rumah. Rumah besar gedebak takkan dapur nak dibiarkan berhabuk pula.” Cadangku. Tetapi maksudku yang sebenar adalah untuk membidasnya.
            “Wait. Abang everyday masak kat rumah okay. Abang just nak tanya jer. Yelah kan, kot-kot ada orang yang tak sudi makan masakan orang bujang yang tinggal sensorang.” Kata abang Faizul. “Kebetulan pula abang memang dah masak.” Tambahnya pula.
            Aku mengangkatkan kening. Agak terkejut juga aku mendengar pengakuannya.
            “Jom makan. Dah pukul satu lebih dah sekarang. Abang pun dah lapar.”

            Aku hanya mengangguk dan bingkas bangun. Aku mengekorinya dari belakang. Sepanjang jalan ke ruang dapur aku terpegun melihat betapa besarnya rumah tersebut. Tetapi yang kurangnya rumah tersebut nampak kelam. Walaupun rumah tersebut bercat putih. Amat menakjubkan tetapi satu benda pun tidak ada menghiasi dinding dan setiap penjuru rumah. Itulah yang aku maksudkan dengan kelam. Atau erti kata lain, SURAM.

No comments:

Post a Comment